Thursday, February 26, 2009

Gembiranya Sheina



Seronoknya Sheina dapat tolak Kakak Is kat atas troli. Masa ni Shiena kat Airport Langkawi. Shiena pergi bercuti dengan family kat Langkawi. Cuti kali ni tak berapa best sebab Kakak Is demam, so tak boleh nak gi jalan-jalan sangat. Dapat pergi Makam Mahsuri jer. Itu pun kejap ajer sebab Kakak Is dah muntah-muntah tak sihat. Harap-harap lain kali ibu dapat bawak Shiena dengan Kak Is dan Kak Atin bercuti lagi di tempat lain. Bolehkan ibu? Apa kata kita gi Cameron Highlands pulak? Best jugak kan ibu?

Sunday, January 25, 2009

Birthday Adam

Semalam birthday sepupu Shiena, Adam. Birthday dia yang ke 6. Adam anak yatim, abah dia meninggal dunia dua tahun yang lalu. Sekarang ni Adam bersama kakak dan ibu dia tinggal dengan nenek di Klang. Ibu, Cik Dila dan nenek yang merancang small birthday party untuk Adam. Ibu dia kerja siang dan malam untuk menyara Adam dan kakaknya, Amy. Tengoklah bersungguh-sungguh Shiena nyanyi lagu "Happy Birthday To U" untuk Adam. Geram betul Shiena tengok kek Adam ni, nampak sedap jer. Dapat jugak Shiena colet sikit krim kek ni. Mmmmm.............sedapnya. Happy Birthday Adam.

Wednesday, December 31, 2008

Sheina Sambut Hari Raya Qurban di Perlis

Pada Hari Raya Qurban yang lalu ibu bawa Sheina dengan Kakak Atin dan Kakak Is beraya di rumah Tok di Padang Siding, Perlis. Tok dan Cik Shaari buat qurban kambing. Yang ni gambar kambing tok yang telah selamat dikorbankan dan sedang menunggu masa untuk dilapah. Muka Sheina macam tu bukan sebab takut kat kambing tu, tapi Sheina geli.

Rambut Baru Sheina

Dah agak lama aku tak update blog ni sebab terlalu sibuk. Ini adalah rambut terbaru Sheina.
Cantik tak rambut Sheina? Ibu bawa Sheina ke salon untuk potong rambut ni. Ibu rimas tengok rambut Sheina yang dah panjang melepasi bahu. Ibu rimas tengok sebab Sheina tak mau ikat rambut. Akhirnya, ibu bawa Sheina ke salon dan suruh Ah Moi tu potong rambut Sheina pendek macam ni. Tapi ok jugak kan? Yang penting Sheina masih cun kan?

Tuesday, November 18, 2008

Wajah-wajah ceria sheina











Lihatlah wajah-wajah ceria sheina. Sheina dah makin besar. Sheina suka bergaya. Sheina suka bergambar. Sapa yang nak berkenalan dengan sheina, antarlah komen pada sheina.




Saturday, November 15, 2008

Shiena Semakin Pandai Bergaya

Gambar terbaru Sheina bersama Is. Sheina dah semakin pandai bergaya di depan kamera. Bukan itu sahaja, mulutnya pun dah semakin becok. Kalau dengar Sheina bercakap, memang tak sangka dia baru berusia satu tahun 9 bulan. Semua arahan yang diberi oleh sesiapa sudah difahami. Satu yang tak berapa bagus, dia sekarang garang sangat-sangat.

Tuesday, October 21, 2008

Bergaya Di Atas Motor

Lihatlah saya bersama kakak Is. Kita orang naik motor besar ayah yang baru. Cun tak kita orang berdua? Bila besar nanti kita orang pun nak beli motor besar macam motor ayah.