
Gambar terbaru Sheina bersama Is. Sheina dah semakin pandai bergaya di depan kamera. Bukan itu sahaja, mulutnya pun dah semakin becok. Kalau dengar Sheina bercakap, memang tak sangka dia baru berusia satu tahun 9 bulan. Semua arahan yang diberi oleh sesiapa sudah difahami. Satu yang tak berapa bagus, dia sekarang garang sangat-sangat.