Wednesday, December 31, 2008

Sheina Sambut Hari Raya Qurban di Perlis

Pada Hari Raya Qurban yang lalu ibu bawa Sheina dengan Kakak Atin dan Kakak Is beraya di rumah Tok di Padang Siding, Perlis. Tok dan Cik Shaari buat qurban kambing. Yang ni gambar kambing tok yang telah selamat dikorbankan dan sedang menunggu masa untuk dilapah. Muka Sheina macam tu bukan sebab takut kat kambing tu, tapi Sheina geli.

Rambut Baru Sheina

Dah agak lama aku tak update blog ni sebab terlalu sibuk. Ini adalah rambut terbaru Sheina.
Cantik tak rambut Sheina? Ibu bawa Sheina ke salon untuk potong rambut ni. Ibu rimas tengok rambut Sheina yang dah panjang melepasi bahu. Ibu rimas tengok sebab Sheina tak mau ikat rambut. Akhirnya, ibu bawa Sheina ke salon dan suruh Ah Moi tu potong rambut Sheina pendek macam ni. Tapi ok jugak kan? Yang penting Sheina masih cun kan?

Tuesday, November 18, 2008

Wajah-wajah ceria sheina











Lihatlah wajah-wajah ceria sheina. Sheina dah makin besar. Sheina suka bergaya. Sheina suka bergambar. Sapa yang nak berkenalan dengan sheina, antarlah komen pada sheina.




Saturday, November 15, 2008

Shiena Semakin Pandai Bergaya

Gambar terbaru Sheina bersama Is. Sheina dah semakin pandai bergaya di depan kamera. Bukan itu sahaja, mulutnya pun dah semakin becok. Kalau dengar Sheina bercakap, memang tak sangka dia baru berusia satu tahun 9 bulan. Semua arahan yang diberi oleh sesiapa sudah difahami. Satu yang tak berapa bagus, dia sekarang garang sangat-sangat.

Tuesday, October 21, 2008

Bergaya Di Atas Motor

Lihatlah saya bersama kakak Is. Kita orang naik motor besar ayah yang baru. Cun tak kita orang berdua? Bila besar nanti kita orang pun nak beli motor besar macam motor ayah.

Saturday, October 4, 2008

Sheina Pada Pagi Hari Raya Pertama


Lihatlah wajah sedih sheina pada pagi hari raya pertama. Dia sedih sebab dia dah tak sabar nak keluar. Dia tengok semua orang dah pakai baju lawa-lawa, dia tau orang nak pergi berjalan. Bila semua orang masih tak keluar-keluar jugak, dia pun mulalah angin. Itulah sheina yang comel.

Hari Raya Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin pada ayah, ibu, kak atin, kak ish, atok, nenek, semua makcik dan pakcik. Tahun ini adalah tahun kedua sheina menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Sheina dapat banyak duit raya, seronoknya. Sapa-sapa yang belum bagi duit raya kat sheina, cepat-cepatlah bagi. Sheina nak bank in duit raya yang sheina dapat next week.

Monday, September 29, 2008

Sheina Sudah Tumbuh Gigi



Sheina sudah pandai duduk dan sudah tumbuh gigi. Dia tumbuh gigi empat batang serentak, dua batang atas dan dua batang di bawah. Yang bagusnya, dia langsung tak demam. Cuma yang pasti, air liur dia sahaja yang meleleh-leleh.

Saturday, September 27, 2008

Yushriena Semasa Berusia Satu Minggu



Inilah wajah Yushriena sewaktu berusia satu minggu. Wajahnya sebiji wajah ayahnya.